Tentu ramai yang menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.

Mascarpone digunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju "triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Saya jarang menggunakan lady fingers tetapi menggunakan kek span berperisa kopi. Lebih menjimatkan kos.
No comments:
Post a Comment